Saturday, 5 February 2011

mari makan makanan sihat

hari ni mcm malas nak bebel2 tak tentu hala.. hari ni tetiba nak jadikan blog ni mcm blog perempuan2 lain... ape lagi kalau bukan blog yg ade resepi kan.. errrr kenapa i cakap blog macam perempuan2 lain? sebab bila i baca blog perempuan2 lain.. mesti ade resepi dalam blog dorang.. pastu kalo yg dah kawin dan ada anak, mesti nak cerita pasal anak2 dorang.. heheheh so since aku pon salah seorang perempuan yang mempunyai blog, adalah mendurhaka sekiranya aku tak letak resepi.. baru lah boleh join dorang semua kan.. hahahhahaha ok sebagai permulaan, hari ni nak bagi resepi yang simple2 je..actually it is more to senang.. almaklumla.. i kan mak orang yg agak keras tangan.. apa yg i masak semuanya disebabkan i suka akan makanan itu.. so this is one of the simple food yg i suka makan ... selamat mencuba ok...(actually belum try lagik resepi ni.. tapi selalu makan dkt kedai italiano food).. heheheh anyway..esok akan try resepi ni.. so esok kena baca entry ni tgk ape hasil tangan keras i nih.. ;)





Bruchetta with tomato and basil (resepi ni ambik dr simplyrecipes.com)





bhn: (untuk hidangan sepinggan besau - dlm 10 - 15 slice baguetta bread)


1. 3-4 plum tomatoes (blog ni kata guna tomato jenis ni sbb kurang air dan kurang biji)


2. 3-4 ulas bawang putih - diracik halus


3. 1 sudu makan extra virgin olive oil


4. 1 sudu teh cuka


5. 6-8 daun basil


6. garam dan lada hitam secukup rasa


7. roti baguetta


8. majerin / butter





cara2:


1. potong dadu tomato - buangkan biji.


2. masukkan dlm mangkuk, tomato yg dah diracik, bawang putih yg dah diracik, extra virgin olive oil, cuka. kacau bagi serasi


3. masukkan pulak daun basil yg dah diracik halus, garam dan lada hitam secukup rasa ke dalam mangkuk tadi.


4. potong roti baguetta nipis2. sapukan butter atas roti. pastu sapukan bwg putih yg dah racik tu pulak..


5. panaskan dalam oven sampai kekuningan.


6. letakkan bhn dlm mangkuk tadi di atas roti yg telah panas kekuningan..


hidangkan la...





heheheh senangkan... ni gambar.. pinjam dekat simplyrecipes.com jugakkk.. enjoy!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home